Ingin membesarkan zakar dan ingin menggunakan pam. Dapatkan alat pam vakum dengan harga yang murah & Dapatkan alat pam vakum zakar lelaki yang popular ini dengan harga yang murah

Home Top Ad

SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, teta...

Saiz Zakar normal tapi bengkok

SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?

MAHUKAN PENJELASAN 
Johor Bahru



Keadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan. 

Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah. 

Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar. 

Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar. 

Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar 'mengembang', ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam. 

Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf 'S'. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri. 

Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie. 

Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada. 

Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.

0 comentários:

SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bers...

Suami cepat pancut atau Suami cepat keluar air mani

SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bersama, suami lebih cepat klimaks berbanding saya dan air maninya meleleh keluar ketika mencabut kemaluannya. Adakah keadaan suami yang cepat klimaks menyebabkan tidak berlaku persenyawaan dan menyukarkan untuk saya hamil?


ISTERI RUNSING

Melaka 

Anda dan pasangan baru berkahwin lima bulan dan masih berjinak-jinak dalam hubungan seksual. Suami anda dapat menyalurkan ereksinya ke dalam faraj dan melakukan ejakulasi. 

Jika begitu, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil. Air mani memang terkeluar apabila faraj dirapatkan dan memandangkan anda gempal, ruang menjadi sempit dan air mani terkeluar bila paha dirapatkan. Kemungkinan besar semua air mani terkeluar. 

Jika anda mahukan ia kekal, cara berkesan ialah selepas selesai hubungan dengan suami, jangan merapatkan paha, sebaliknya kekalkan posisi kaki secara terbuka. 

Anda juga tidak digalak melakukan kemutan. Kemut selepas selesai melakukan hubungan membuatkan cecair atau air mani suami dalam faraj terkeluar. 

Mengenai masalah cepat klimaks, air mani yang keluar tetap kekal dalam faraj dan sperma berkeliaran dalam faraj untuk memasuki serviks dan mencari telur jika kebetulan anda dalam waktu subur. 

Jika suami lakukan tusukan secara keluar masuk, tentu dia rasa sentuhan bertalu-talu pada penghujung zakar. Dia perlu kekalkan ereksi dalam faraj dan menggerakkan pangkal zakar tanpa mengeluarkannya. Dengan cara begini, pangkal zakar yang kurang sensitif dapat mengelak klimaks cepat. 

Dia juga boleh menggunakan cincin penambat zakar yang boleh dipasang ke pangkal zakar untuk mengurangkan rasa sensitif pada hujung zakar. 

Cincin ini yang diperbuat daripada silicon (bukan getah) selamat untuk zakar dan faraj. Ia boleh didapati melalui Internet. 

Jika masih tidak hamil dalam masa setahun, anda dan pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan awal kesuburan.

0 comentários:

MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mem...

Onani atau Melancap punca lemah

MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai sejarah onani dan kerap melakukannya.

Dalam sains, ereksi biasanya berlaku secara spontan apabila seseorang itu dalam keadaan teruja. Ini kerana kemasukan darah dalam liang otot zakar menjadi lancar dan ereksi menjadi kekal, lebih-lebih lagi jika otot lantai pelvis atau otot kemut dicengkam. 

Bagaimanapun, apabila perasaan teruja itu lega, otot kemut juga menjadi lega, menyebabkan ereksi menjadi kurang tegap dan kurang berdaya. Ini biasanya terjadi kepada semua lelaki. 

Selain itu, ereksi tidak cukup padat dan mudah hilang kekuatan dalam jangkamasa pendek pula sering terjadi kepada lelaki berumur.

Kajian mengenai pengalaman lelaki yang kerap onani turut mendapati ereksi mereka makin lama makin lemah dan tidak berdaya walaupun pada mulanya ia padat.

Ini disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam otot zakar yang biasanya dapat mengekalkan darah di dalamnya tetapi kini tidak dapat berdaya tahan. 

Jika geselan dilakukan secara cepat atau laju, ereksi dapat dipadatkan. Namun geselan cepat pula membuatkan zakar hilang daya kawalan dan mudah klimaks lebih awal. 

Kajian turut mendapati lelaki lebih mudah klimaks dan tewas ketika bersama pasangan. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi masalah biasa kepada lelaki. 

Hakikatnya, semua masalah itu boleh dikatakan berpunca daripada amalan onani yang dilakukan secara kerap atau kronik. 

Mungkin jika amalan itu dikurangkan dan lelaki melebihkan aktiviti yang membina kekuatan batin seperti melakukan senaman kemut atau Kegel (mencengkam otot kemut dan tahan cengkaman itu untuk beberapa saat) dan melakukannya seberapa banyak dalam seminit), sedikit sebanyak ia dapat membantu. 

Cuba lakukan senaman berkenaan secara kerap iaitu tiga hingga lima kali sehari. Kemungkinan dengan cara ini, tahap kepadatan otot kemut anda dapat mempertahankan daya ereksi. 

Di samping itu, saya sarankan lelaki mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala, elak merokok dan jauhi berat badan berlebihan. 

Mudah-mudahan kesihatan anda terkawal dan kekuatan fizikal menjadi sempurna, sekali gus menguatkan kekuatan batin. Yang perlu dipercayai, badan sihat akan menjamin kesihatan seksual yang berkekalan.

0 comentários:

SAYA mungkin mengalami masalah pancutan air mani. Pada pandangan doktor, adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi orgasm isteri?...

Masalah Pancutan Air Mani

SAYA mungkin mengalami masalah pancutan air mani.

Pada pandangan doktor, adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi orgasm isteri?
SUAMI RUNSING

Pancutan air mani berlaku apabila lelaki itu mencapai klimaks atau kemuncak rangsangan seksual. Ketika dalam keadaan terangsang, semua otot yang terbabit dalam menjayakan penetrasi seperti otot lantai pelvis atau otot kemut serta otot lain otot punggung, otot belakang, otot paha dan semua otot badan berada dalam keadaan tegap dan aktif.


Sistem pancutan juga berada dalam keadaan mantap. Apabila seseorang lelaki mencapai klimaks, sistem pancutan menjadi aktif dan air mani terkeluar secara pancutan dengan cengkaman otot lantai pelvis atau otot kemut yang berlaku secara spontan.

Apabila lelaki itu cuba mengawal ejakulasi dengan hasrat melengahkan ejakulasi secara kemutan, daya ejakulasinya akan terbantut dan air maninya akan keluar secara meleleh.

Sistem pancutan turut menjadi kurang bersemangat apabila umur lelaki itu meningkat dan otot yang mengawal pancutan juga menjadi lemah akibat perubahan umur dan kurang daya fizikal.

Jika ingin mencapai ejakulasi lebih dinamik, lelaki itu perlu mengekalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman berkala supaya otot badan menjadi kuat.

Paling tidak, cuba lakukan lakukan senaman kemut (senaman Kegel) dan elakkan mengemut ketika ejakulasi berlaku supaya daya pancutan lebih mantap.

1 comentários:

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan ke...

Rahsia Tahan Lama

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI, Kajang

Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai 'Coital Alignment'.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel 'local anaesthetic' (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

0 comentários:

SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci. Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besa...

Saiz Zakar empat inci sahaja

SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci.

Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besar.
Adakah pengambilan 'Vimax pills' benar-benar berkesan bagi membesarkan zakar dan bolehkah ia didapati di farmasi?

LIM
Pulau Pinang


Sepuluh tahun lalu, Persatuan Kajian Impotensi Antarabangsa (International Society of Impotence Research atau ISIR) menubuhkan satu jawatankuasa untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah dan pendekatan rawatan yang dipaparkan oleh organisasi dan agensi produk kesihatan melalui laman web mereka.

Mengikut jawatankuasa berkenaan, maklumat diberi sebilangan besar daripada laman itu mengelirukan dan tidak boleh diterima secara saintifik kerana tiada kajian mengenai kaedah dan pendekatan untuk pembesaran anggota kelamin lelaki yang dipaparkan.

Jawatankuasa itu menyatakan, masalah berkaitan saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki adalah isu yang perlu diberi perhatian. Mereka berpendapat ramai lelaki yakin mengalami masalah berkenaan dan perlu rujuk kepada doktor yang diiktiraf bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan.

Malangnya mesej ini tidak sampai kepada anda di luar sana dan juga kepada semua lelaki yang tidak yakin mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin mereka walaupun anggota itu normal daripada segi baka dan keturunan.

Kembali kepada produk herba 'Vimax' yang kononnya dapat bantu memantapkan anggota kelamin lelaki, boleh dikatakan kekuatan produk itu terletak kepada 'strategi pemasarannya' saja.

Produk ini tidak dikaji dengan baik. Jika anda benar-benar mengalami isu saiz atau tidak yakin dengan bentuk anggota kelamin anda, anda perlu rujuk kepada doktor.

Anda menyatakan anggota kelamin anda kecil ketika ereksi dan anda tidak yakin anda boleh memuaskan pasangan anda selepas berkahwin kelak.

Bagaimanapun, anda boleh membayangkan situasi apabila anggota kelamin dibesarkan secara luar biasa. Kesannya, anda pasti sukar berlari atau berjalan cepat kerana terasa sakit di bahagian tundun yang menampung anggota kelamin.

Jika anda tidak percaya, tanyalah lelaki yang menjalani proses pembesaran alat kelamin secara suntikan. Jika berlaku keradangan, anggota kelamin kelihatan besar dan berat serta mempunyai benjolan di keliling zakar.

Secara amnya, pembesaran zakar secara suntikan tidak bagus dan lebih mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jika anda masih berhajat, saya sarankan anda mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu dan ikuti kaedah disarankan.

0 comentários:

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaim...

Pembuluh buah zakar

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana ia boleh berlaku dan sekiranya seseorang mengalaminya, bagaimana kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit. Bolehkah ia sembuh?


Zul, Johor

Pembuluh vena yang menerima darah dari tisu dalam buah zakar menyalurkan darah ini kembali ke dalam sistem penyaluran darah boleh mengembang dan memuntal apabila takungan darah mendap dan berkumpul dalamnya apabila sistem penahanan (valve) dalam vena itu tidak dapat menolak darah kembali ke dalam sistem penyaluran darah.


Apabila ini berlaku pembuluh vena kepada buah zakar itu akan mengembang dan kelihatan terjojol. Apabila keadaan ini berpanjangan, tisu buah zakar akan terdedah kepada kepanasan dan ini boleh membuatkan kilang sperma terencat dan tidak dapat menghasilkan sperma yang berkualiti.


Keadaan ini dikenali sebagai 'varicocele' dan ia boleh berlaku kepada kedua dua pembuloh vena buah zakar. Kemungkinan ia berlaku dalam kehidupan lelaki itu ialah antara 15 hingga 20 peratus.

Kemungkinan varikosel berlaku kepada pembuluh vena buah zakar kiri ialah 80 peratus. Biasa perkara ini bukan isu kecuali lelaki itu sudah berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kebetulan isterinya tiada masalah kesuburan dan ujian air maninya menunjukkan masalah kepada kedudukan profil spermanya.

Jika ini berlaku, cara yang bijak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengatasi masalah kemendapan darah vena itu, melalui pembedahan mengikat salur vena yang sudah kembang itu.

Sekiranya masalah sperma itu akibat kepanasan, maka cara yang dilakukan itu sudah tentu akan memulihkan keadaan. Jarangkali pembuluh vena baru yang muncul setelah vena yang kembang itu diikat, mengembang kembali dan membuatkan perkara itu berulangi.

Apabila situasi ini berlaku dan lelaki itu didapati ada masalah sperma, maka varikosel yang kembang itu perlu diikat supaya kilang sperma kembali aktif. Ada sebilangan lelaki yang mengalami varikosel kepada kedua dua buah zakar dan mempunyai masalah kesuburan.

Pembedahan yang sama juga akan dicadangkan dengan harapan profil sperma dapat dipulihkan. Boleh juga berlaku profil sperma masih kekal bermasalah dengan kualiti sperma yang merosot walaupun varikosel sudah dirawati.

Ada juga kes profil sperma normal walaupun lelaki itu mengandungi varikosel. Pendek kata, varikosel ini hanya dikendalikan apabila kesuburan lelaki itu tergendala.

Jika kualiti sperma normal dan dia tiada apa apa masalah, tiada sebab kenapa dia perlu jalani pembedahan varikosel.

0 comentários:

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegan...

Anak lima tahun selalu tegang kemaluan kerana Angin Pasang atau Hernia

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegang di kemaluannya (zakar), dan dia tidak selesa dengan keadaannya itu.

Jadi, anak saya selalu memegang kemaluannya supaya zakarnya dapat turun. Untuk pengetahuan doktor, anak saya pernah menjalani pembedahan hernia semasa umurnya dua tahun.

Soalan saya, Adakah perkara ini normal pada kanak-kanak seperti anak saya? Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan adakah keadaan ini dapat dipulihkan dan bagaimana?

Ibu Resah


Ereksi spontan boleh berlaku kepada semua lelaki baik muda, mahu pun yang tua, cuma tahap, kekuatan dan masa ereksi berbeza.

Sedangkan bayi lelaki dalam rahim ibu pun boleh mengalami ereksi dan kadangkala doktor yang melakukan ujian imbasan dapat memastikan jantina bayi dalam rahim ibu melalui ereksi spontan bayi lelaki.

Anda tidak perlu bimbang yang anak anda mudah sangat mencapai ereksi. Dengan dia memegang ereksinya tidak akan menimbulkan masalah dan anda tidak perlu melakukan apa-apa kecuali membiarkannya berlaku.

Lambat-laun dia tidak akan menumpukan perhatiannya kepada ereksinya apabila perkara itu menjadi biasa, lebih lagi jika anda tidak mengingatkannya tentang perkara itu.

Jadi ereksi spontan yang berlaku kepada kanak-kanak kecil seperti anak anda, itu perkara normal dan bukan penyakit. Biarkan sahaja dan keadaan akan menjadi biasa.

Berkaitan dengan angin pasang yang anak anda alami dan sudah pun menjalani pembedahan pemulihan, perkara itu tiada kaitan dengan perilaku dia memegang dan mudah mencapai ereksi spontan.

Secara kebetulan, komunikasi atau jalanan antara kerandut dan perut kekal setelah buah zakar itu masuk ke dalam kerandut dari tempat asalnya, iaitu berdekatan buah pinggang dalam perut ketika bayi lelaki itu masih dalam perut ibu.

Apabila jalanan itu kekal, ketulan usus boleh termasuk dan bahagian itu akan terjojol apabila bayi itu menangis. Apa yang doktor lakukan itu iaitu melakukan pembedahan pemulihan, menutup jalanan dan memasukkan usus kembali ke dalam perut, memang tepat sekali.

0 comentários:

GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rang...

Lemah Pancutan Air Mani kerana sering melancap

GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rangsangan seksual.

Bagi golongan Adam, ia menjadi masalah berat kerana tidak dapat berasa kepuasan seks ketika bersama isteri dan rata-ratanya juga tidak menemui jalan penyelesaian.


Ini semua mungkin berlaku kerana beberapa perkara seperti mengalami masalah kegagalan klimaks (retarded ejaculation atau anejaculation), klimaks tanpa ejakulasi (mental climax without ejaculation) atau ejakulasi yang berlaku dalam pundi kencing (retrograde ejaculation).

Sesetengah lelaki hanya boleh mencapai klimaks dengan cara onani kerana dengan cara itu dia dapat menghayati imaginasi seksnya. Begitupun, ketika bersama, perasaan berkenaan sukar diperoleh dan dalam masa sama, si isteri tidak dapat mengandung.


Secara ringkas, lelaki seperti ini hanya dapat mencapai ejakulasi dengan onani dan tidak dengan persetubuhan! Ini terjadi kerana mungkin lelaki berkenaan sering melakukan onani ketika zaman bujangnya dan ia antara risiko yang perlu dihadapi lelaki.


Kerana itu, onani tidak digalakkan kerana pengamalnya boleh terikat dengan 'keseronokan' tersendiri yang boleh mengganggu hubungan intim seksual dengan isterinya. Perkara sama juga boleh berlaku kepada wanita yang hanya dapat kepuasan atau kemuncak syahwat dengan menggunakan tangan atau alat lain tetapi tidak melalui hubungan seksual dengan suami! Jika pancutan dan ejakulasi tidak dilakukan di dalam faraj, sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun, jika air mani dapat disalurkan ke dalam faraj dengan cara menyemburkan air mani dalam faraj menggunakan picagari, kemungkinan besar isteri dapat mengandung. Begitupun, ia bukan mudah dilaksanakan, sebaliknya perlu dilakukan ketika isteri dalam subur dan sperma normal.

Jika dengan cara ini pasangan berkenaan masih gagal menimang cahaya mata, anda perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.


Berbalik kepada keadaan lelaki yang tidak dapat melakukan ejakulasi, pastinya hubungan suami isteri menjadi hambar dan sia-sia.

0 comentários:

SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegan...

Zakar terlalu kecik, pendek dan lembik ketika menegang



SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegang. Saya bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab seksual terhadap isteri kelak. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan

APABILA umur lelaki mencecah 20 hingga 24 tahun, tumbesaran zakar akan mencapai tahap maksimum. Keadaan zakar pada peringkat awal baligh berbeza jika dibandingkan dengan peringkat pertengahan baligh dan akhir baligh dari segi kekerapan mencapai ereksi.

Biasanya ereksi lebih kerap berlaku sewaktu peringkat awal dan pertengahan baligh. Pada peringkat akhir baligh atau dewasa, ia akan berkurangan dan lebih terkawal.

Keadaan zakar juga berbeza antara zakar individu yang kerap, kurang dan tidak melakukan onani. Bagi yang tidak pernah melakukan onani, zakarnya akan kelihatan tidak begitu padat, kecil dan lebih kecut.

Semua ini adalah semula jadi. Dalam keadaan terangsang, otot zakar akan mengembang kerana pengaliran darah yang banyak ke dalam rongga otot. Apabila lelaki itu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (seperti menahan membuang air kecil atau besar), zakar kelihatan lebih padat dan besar. Ini juga adalah perubahan semula jadi.

Memang keadaan zakar berbeza dari semasa ke semasa. Ini kerana pengaruh aktiviti hubungan seks bagi individu yang sudah berkahwin. Jika hubungan seks kerap dilakukan, zakar akan lebih pejal dan besar.

Jadi, jangan bimbang jika zakar kelihatan kecil dalam sesuatu masa kerana ia perkara biasa. Paling penting zakar dapat berfungsi dengan sempurna. Jika masih bimbang dan was-was, sila berjumpa doktor.

0 comentários:

Recent Posts